Aug 8, 2012

MaC 2012.....

ermmm....


sedar tak sedar dah masuk bulan mac 2012.... rasa mcm baru jer masuk tahun 2011... sekarang dah bulan mac 2012... arghhh.. nampaknya bukan kita mengejar masa tapi masa mengejar kita... itulah kehidupan.. walau macammana kita mengejar masa... ia akan jauh meninggalkan kita... tahun 2012... aku masih begini... dengan penambahan tahun maka penambahan usia akan terjadi.. maknanya... dah tua la... he..he... di awal tahun telah diuji.... tapi aku ok jer... ha..ha.... (yer la tueee) ha..ha... kesian kat diri sendiri... tapi buat bodoh jer la.... he..he...

Redhalah Wahai hatiiii....

Sukar untuk kita memujuk hatiiii...Sukar untuk kita percayai hatiiii.... Dimana silapnya bila akal Dan hatiiii tidak selari... Kemana hendak diadu hatiiii yang ghundah gulana.... Dimana Dan kemana.....

Jun 7, 2011

perasaan itu.......

ermmm.... lama tak menjeguk blog nie.. rindu rasanya... last pasal entry setahun berlalu... ni dah nak masuk dua tahun... dulu aku rasa aku masih terikat dengannya... bila cuba lupakan dia... pasti dia hadir dalam mimpi dan reality.... tapi rasanya sekarang aku nekad melupaknnya... rsanya takder guna terus mengharap andai hanya aku seorang yang mengharap sedangkan dia????? walau masih ada sisa cinta akan kupendamkan jauh dilubuk hati... akan ku biarkan cintamu berkubur di sudut hatiku.... biarpun pahit keputusan yang diambil namun aku perlu melakukannya.... demi untuk diriku dan sesiapa yang menyanyangiku...... aku bebaskanmu dari terus dihati.... sungguh... aku nekad... pergilah dari hatiku.... andai kau menoleh kembali maaf tak terdaya ku sambut tanganmu kembali... kerana..... kau memang bukan tercipta untukku.. percayalah........ aku redha dengan ketentuannya tiada jodoh antara kita....... andai itu suratan yang tertulis ku redha.... kudoakan moga kau bahagia dan setiasa bahagia...... pergilah dari hatiku....... aku redhakanya..... aku maafkan setiap kesalahanmu terhadapku...... aku redhakan setiap apa yang terjadi.. mungkin ada hikmah disebaliknya...... ya allah.. aku tahu hanya kau yang tahu apa yang terbaik untuk umatmu..... pergilah.. ku redha... moga warna-warna pelangi akan menyinari hidupku selepas ini.........

Dec 15, 2010

BiLa CiNtA......

kenapa dalam dunia nie masih ada lagi insan-insan yang tak pedulikan hati orang lain??? kenapa hanya mementingkan diri sendiri... masalahnya kalau sendiri buat sendiri tanggung takpe la jgk.. ni sendiri buat semua orang nak kena tanggung,... tue la bila cinta dah menguasai minda tak kenal mana halal mana haram... apa nak jadi dengan dunia sekarang.. terlalu membosankan untuk dibahas kerana jika dibahas macamana pun masih dan akan sentiasa tiada noktahnya.. si pelaku akan sentiasa tersenyum kerana ada orang memberi perhatian kepada mereka tanpa mereka sedari telah melukakan hati-hati insan yang mereka sayangi.... mereka yang melihat adakalanya meghulurkan smpati tetapi dalam masa yang sama mengutuk di belakang.. tak boleh salahkan mereka kerana hanya itu yag mampu mereka lakukan kerana apa yang mereka lakukan pernah kita lakukan.. bila dah terkena batang hidung sendiri... apa yang boelh kita katakan.. paling-paling untuk menyedapkan hati itu semua dah takdir... tapi kalau kita tak hampiri tak mungkin itu akan terjadi kan>??? kita ada akal ada iman tetapi kenapa kita tak gunakan.... memang semua akan kalah dengan godaan syaitan tetapi kita perlu elakakan syaitan tersebut.. ada yang kata dah takdir,... kita tak boleh megelak.. namun kita kena fikir kalau walau ianya telah ditakdirkan kita masih mampu mengubahnya.. kalau cakap lebih-lebih nanti orang cakap kita seperti tak percaya kepada takdir namun bila kita renungkan sebenarnya kita mampu mengubah takdir andai akal dan iman kita selari...... benar kata bijak pandai nafsu yang satu adalah pemusnah kepada semua di dunia ini...... sedih....??? untuk apa nak bersedih andai apa yang dilakukan itu memang yang kau inginkan...... bila cinta...... benarkah bila cinta dah menguasai diri tiada apa yang difikirkan hanya keindahan semata-mata.... benarkah????? benarkah tiada cinta yang tulus di dunia ini??? tapi yang pasti mencintaiNYA yang satu adalah hakiki...... selamat tinggal cinta.... selamat tinggal sayang.... BILA CINTA.........

Sep 30, 2010

SiApA aKu Di HaTiMu.....

setahun berlalu.....
kau kembali dalam hidupku.....namun... hanya seketika cuma...mengapa kau hadir saat aku sedang cuba melupakamu... dan mengapa kau hadir hanya seketika dan terus menghukumku kembali.. apa salahku.. apa mahumu.... aku keliru.. antara rasa kasih dan rindu yang hadir... kau tinggalkan diriku kembali untuk menyoal dan menanti dimana kesudahan episod cinta luka kita... aku tak tau untuk apa kau kembali.. untuk menyambung kasih yang telah sirna atau sekadar mencari jawapan atas kekeliruanmu sendiri.. nyatakan... akan ku terima dengan redha apa kesudahannya... tapi kau terus membisu seribu bahasa tanpa khabar tanpa berita.. masihkah ada tempat diriku dihatimu atau hanya sekadar persinggahan yang tak bertepi... tolonglah bantulah aku mencari jawapannya.. aku buntu... saat ku cuba lupakanmu kau hadir seolah kau masih perlukanku... tapi akhirnya aku yang menderita sendiri.... tolonglah hapuskan kekusutanku.. andai ini nokhtah cinta kita khabarkan..... aku redha dan akan ku cuba menerima dengan redha..... berikan aku rasa berikan aku kata... andai aku masih dihatimu khabarkan agar tak aku terus menghadapi kekeliruan ini.. andai sebaliknya nyatakanlah...SIAPA AKU DI HATIMU.......

Apr 21, 2010

Kenapa perlu dia????

selalu kita fikir.. kenapa perlu dia kan??? selalu... sampai kadangkala kita menidakkan takdir yang maha esa.... mungkin apa yang terjadi merupakan dugaan dariNYA.... kita perlu redha.. usah pertikaikan kenapa perlu dia... dan kenapa bukan dia... semuanya telah tertulis dan telah ditakdirkan begitu,,,... siapa kita untuk menidakkan takdir ilahi.... SIAPA KITA...... tapi memang adakalanya akal kita tak mampu menerimanya... tapi kita perlu berbalik pada iman kita.. berserah padanya setelah kita bertawakal... insyallah... segalanya akan berubah menjadi baik.....

Apr 5, 2010

KeNaNgAn ItU tErLaLu InDaH....

"selama ini,ku mencari-cari,
teman yang sejati buat menemeni perjuangan suci....."

.lagu ini cukup menyentuh perasaan........ ya benar kita sering tercari-cari akan teman sejati sampai ada ketikanya kita tak tau teman sejati yang kita cari sebenarnya sudah ada di depan mata...... namun kadangkala kita masih tak mahu mengakuinya..... teman... benar kenangan paling indah dalam hidup adalah di zaman remaja..... sungguh... andai dapat diputarkan waktu ingin sekali menjejakkan kaki ke zaman itu semula... rindunya hanya tuhan yang tahu........ aku bertuah kerana melalui zaman remaja yang penuh dengan keriangan dan warna warni...... zaman remajaku dipenuhi dengan gelak tawa..... dikelilingi teman-teman yang sejati......dipenuhi kasih sayang.... masih ku ingan Sek.Men. Datuk Abdullah (SEMENDA) merupakan sekolah pertama di alam remajaku.. sekolah yang banyak mengajar aku erti kedewasaan..... mona,eppy,shira, dian,ida, ... nama-nama yang takkan dilupakan hingga ke akhir hayat,... nama-nama yang mencetus nostalgia.... masih ingatkah kalian????? rindunya di zaman kenakalan kita... mona masih ingat kegiatan malam kita??? makan maggi dgn air teh??? ha..ha... seronoknya zaman itu..... stay back sampai kul 2 pagi kat hujung koridor teman ko sampai habis buat novel... tak sabar nak tunggu ko noktahkan pena???? eppy.. ingat lagi roti + sambal tumis.... masih terasa di kerongkong kesedpannya.... walaupun makan di tepi toilet tetap terasa kesedapannya.... ha..ha,...apa lagi yang perlu dihuraikan.... segalanya menyeronokkan..... masih ingat kalau mona dgn shira berselisihfaham siapa yang jadi mangsa... aku jugak..... ha..ha... seronoknya waktu itu.... sungguh aku merinduinya....ingat lagi dgn ustazah haslinda yang memang anti dgn kita???? di manalah dia sekarang kan???? walaupun aku menyampah dgn dia tapi aku perlu berterima kasih pada dia sebab kalau bukan kerana dia mungkin kita tak berada dimana kita berada hari ini kan??? masih segar kenakalan kita kan... kalau ada cikgu2 yang masih mengingati kita pasti menggeleng kepala tgk kita kan??? Mona, Eppy, Shira, Ida, Dian...... ida & dian walau kita bersama tak lama tapi kenangan bersama kalian tetap segar dalam ingatan... masih ingat EDIHASNI...... aku masih simpan artikel yang ida pos kat paper metro..... masih ada hingga kini....... aku rindu kalian... Mona, Eppy & shira... aku rasa kenangan paling banyak dgn kalian bertiga kan????? kita menangis, kita ketawa, kita bergaduh.. semuanya kita lakukan bersama..... pendek kata semunya tentang kita lakukan bersama.... 4 tahun sebumbung, sebantal, sedewan makan(he..he...) dan segalanya dikongsi bersama.. rahsia hati, rahsia perasaan semuanya kita kongsi bersama..... aku btl2 rindu kalian... entah kenapa sejak pak nil kehilangan sahabat baiknya Allahyarham Din Beramboi... aku rasa amat merindui kehadiran kalian..... bila kita kan bertemu kembali dan berkongsi semuanya bersama kembali kan????? rindunya hanya tuhan yang tahu... moga persahabatan yang kita bina lewat 16 tahun lalu takkan terputus walau bumi terbelah dua....... ingat wahai sahabat yang disayangi... kita sentiasa merenung bulan yang sama.....